Terma & Syarat

  1. Peraduan ini dianjurkan oleh Permanis Sandilands Sdn Bhd ["Penganjur"] dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali mereka yang termasuk di dalam kumpulan di bawah ini:
    • Rakyat Malaysia yang berumur di bawah 16 tahun ; atau
    • Kakitangan Penganjur [termasuk syarikat yang bersekutu dan berkaitan dengannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik, termasuk pasangan], atau
    • Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen periklanan dan/atau penyedia khidmat promosi bagi Penganjur [termasuk syarikat yang bersekutu dan berkaitan dengannya], dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik, termasuk pasangan].
  2. Peraduan ini akan berlangsung dari 9hb April – 1hb Julai 2012 ["Tempoh Peraduan"]. Penganjur berhak untuk melanjutkan atau menukar Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
  3. Semua penyertaan yang lengkap mestilah diterima oleh Penganjur pada 1hb Julai 2012 (Tarikh Tutup). Semua penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup dikira tidak layak.
  4. Untuk menyertai, anda perlu membeli kuantiti produk Tropicana Twister yang diperlukan seperti berikut :

    Beli Mana-mana Produk Tropicana Bilangan untuk Satu Penyertaan
    Tropicana Twister 1.5L (Sebarang Perisa) 2 label = 1 penyertaan
    Tropicana Twister 355ml (Sebarang Perisa) 4 label = 1 penyertaan

    Label-label produk biasa akan diterima sebagai bukti pembelian. Label-label promo tidak akan diterima.
  5. Setiap borang penyertaan yang dihantar mestilah lengkap dengan maklumat yang diperlukan, jawapan yang betul dan mestilah disertakan dengan bukti pembelian iaitu label produk Tropicana Twister. Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak sah atau tidak tepat, penyertaan dengan jawapan yang salah, penyertaan dengan potongan label yang salah, tidak cukup dan/atau rosak dikira tidak layak.
  6. Para Peserta boleh menghantar lebih dari satu borang penyertaan (salinan fotostat borang penyertaan diterima). Setiap penyertaan mestilah memenuhi syarat peraduan yang disebut dalam syarat No. 4 dan No. 5 yang tertera di atas. Borang penyertaan juga boleh dimuat-turun daripada laman web Tropicana Twister (www.tropicanatwister.com.my)
  7. Setiap borang penyertaan mesti dipos/dihantar melalui surat biasa. Penyertaan yang dihantar melalui surat berdaftar, servis kiriman segera, kurier, POS Laju, penghantar dispatch dan/atau sebarang kaedah penghantaran yang lain tidak akan diterima. Bukti penghantaran borang penyertaan tidak dikira sebagai bukti penerimaan oleh Penganjur. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya penyertaan yang dihantar oleh peserta tidak diterima.
  8. Semua borang penyertaan mesti dihantar melalui pos biasa dan dialamatkan ke "Tropicana Twister Live.Love.Life Contest 2012, Peti Surat 3338, 47507, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia".
  9. Peraduan ini merangkumi 3 peringkat iaitu (a.1-a.2), (b) and (c):
    • 1) Hadiah-hadiah Mingguan (12 minggu sepanjang "Tempoh Peraduan")
      - Syiling Emas bernilai RM5,000 x 12
      - Jadual untuk penyertaan mingguan adalah seperti berikut :
      Minggu 1 : 9hb-15hb April 2012, Minggu 2 : 16hb-22hb April 2012, Minggu 3 : 23hb-29hb April 2012, Minggu 4 : 30hb April-6hb Mei 2012, Minggu 5 : 7hb-13hb Mei 2012, Minggu 6 : 14hb-20hb Mei 2012, Minggu 7 : 21hb-27hb Mei 2012, Minggu 8 : 28hb Mei-3hb Jun 2012, Minggu 9 : 4hb-10hb Jun 2012, Minggu 10 : 11hb-17hb Jun 2012, Minggu 11: 18hb-24hb Jun 2012 dan Minggu 12 : 25hb Jun-1hb Julai 2012.
      Pemenang hadiah mingguan akan dipilih secara rawak setiap minggu selama 12 minggu. Pemenang hadiah mingguan masih layak untuk memenangi Hadiah Utama (BMW X1 sDrive18i), hadiah yang disenaraikan di syarat 9(b) dan/atau Hadiah-Hadiah yang dicetakan di dalam jadual 9(c). Ini kerana pemilihan rawak akan dijalankan sekali lagi pada akhir Tempoh Peraduan.

    • 2) Hadiah-hadiah Bulanan (3 bulan sepanjang "Tempoh Peraduan")
      - Sepasang Jam Tangan Berjenama bernilai RM10,000 x 3
      - Jadual untuk penyertaan bulanan adalah seperti berikut :
      Bulan 1 : 9hb April-6hb Mei 2012, Bulan 2 : 7hb Mei-3hb Jun 2012, Bulan 3 : 4hb Jun-1hb Julai 2012,
      Pemenang hadiah bulanan akan dipilih secara rawak setiap bulan selama 3 bulan. Pemenang Hadiah Bulanan masih layak untuk memenangi Hadiah Utama (BMW X1 sDrive18i), hadiah yang disenaraikan di syarat 9(b) dan/atau Hadiah-Hadiah yang dicetakan di dalam jadual 9(c). Ini kerana pemilihan rawak akan dijalankan sekali lagi pada akhir Tempoh Peraduan.

    • Hadiah Utama
      - Hadiah Utama : BMW X 1 sDrive18i x 1

    • Hadiah Pertama-Hadiah Sagu Hati
      - Hadiah Pertama : TV LED & Sistem Teater Rumah x 10
      - Hadiah Kedua : Komputer Riba x 20
      - Hadiah Ketiga: Telefon Bimbit x 30
      - Hadiah Keempat : Kamera DSLR x 40
      - Hadiah Sagu Hati : Wang Tunai Bernilai RM500 x 50

  10. Semua pemenang akan diberitahu melalui pos. Semua hadiah mesti ditebus pada atau sebelum tarikh/tempoh tamat yang tertulis pada pemberitahuan, hadiah akan dilupuskan sekiranya gagal. Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan untuk penangguhan tempoh menebus hadiah. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya surat pemberitahuan kepada pemenang tidak diterima atau diterima lewat. Nama-nama pemenang akan diumumkan di laman web Tropicana Twister atau di mana-mana medium lain yang dianggap sesuai oleh Penganjur.
  11. Penganjur berhak menggunakan budi bicaranya untuk menukar mana-mana hadiah dengan hadiah alternatif lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa sebarang pemberitahuan awal. Semua hadiah diberikan dengan "Seadanya" dan tidak boleh ditukar untuk tunai, kredit, barangan lain atau baucar sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Hadiah Utama – BMW X1 sDrive18i (1 unit) tidak termasuk cukai jalanraya, pendaftaran kereta dan insuran. Pihak Penganjur berhak menukar spesifikasi dan warna BMW X1 sDrive18i yang akan diberikan.
  12. Peserta dan pemenang akan menanggung sepenuhnya dan bertanggungjawab sekiranya berlaku liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kematian] yang disebabkan penyertaan mereka dalam Peraduan ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah-hadiah dan bersetuju untuk melepaskan Pihak Penganjur dari sebarang tuntutan samada bagi sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan jiwa mahupun kehilangan ekonomi dan lain-lain.
  13. Semua kos pengangkutan, penginapan, peribadi dan/atau sebarang kos lain dan/atau perbelanjaan berkaitan yang disebabkan oleh penyertaan dalam peraduan ini dan untuk menebus hadiah adalah tanggungjawab penuh semua peserta dan pemenang.
  14. Penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang untuk tujuan periklanan, perdagangan dan/atau publisiti, tanpa sebarang pemberitahuan kepada pemenang dan pemenang tidak layak untuk menuntut pemilikan atau apa-apa bentuk pampasan atas penggunaan tersebut.
  15. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan. Pihak penganjur juga mempunyai hak untuk mengubah syarat dan terma peraduan ini tanpa sebarang notis kepada para peserta.
  16. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi Peraturan & Syarat Peraduan dan keputusan Penganjur.
  17. Syarat-syarat dan Peraturan disediakan dalam Bahasa Ingerris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan Syarat-syarat dan Peraturan diantara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunakan.